Monday 21 July 2014

#MH17 & 17.07.14

Assalammualaikum,

Baru ada masa nak update..sibuk sgt..sibuk buat kuih raya..semasa aku baca whataspp dari officemate aku psl kemalangan MH17, aku terkejut, sampai aku cakap tipu la ni..tak betul ni, sape plk nak tembak pesawat Malaysia..lps tu check plk twitter, adoiiiii, memang dah trending rupanya, cuma MAS je belum confirm lagi. Dah macam dlm filem Hollywood aku rasa.

Another heartbreaking news. Sampai aku tak tidor mlm tu dok fikir apa la yang akan jadi dengan MAS ni...apa pun org ckp psl MAS, but being Malaysian, aku akan sentiasa support our national carrier.

Being shot down by terrorist. Itu yg aku baca kat twitter. Lps tu terhempas kat Ukraine. Tak dapat aku bayangkan bagainaman la agaknya keadaan semasa peluru berpandu tu kena pada badan MH17. Terbakar di udara sebelem terhempas di ladang bunga matahari.

Katanya nak tembak Presiden Rusia tapi salah percaturan. Yang jadi mangsa, org awamg yang langsung takde kena mengenga dengan konflik negara dorang ni. Sekarang ni, masing2 tak mengaku plk..

Dalam pada seluruh dunia bersimpati, ada plk suara2 monyet bercakap, ni semua salah MAS lalu jalan nak jimat cost. Aku memang tak faham la orang2 yg mentaliti mcm ni. Tak fikir ke perasaan keluarga mangsa sebelum nak keluar statement. Ingat pilot tu tau ke dia nak kena tembak ke tak. Lain2 airlines pun lalu jalan yang sama jgk. 

Memang  aku sedih apa yang berlaku. Kes MH370 belum lagi dapat jawapan, dah timbul kes baru. Allah swt sedang memberi ujian yg berat kepada negara kita. 

Lps kejadian ni baru la aku tau yg Ukraine tu sedang bergolak, ada pihak Pro Rusia dan Pihak pemisah..ni semua akibat politik. 

Gambar2 semua ni diambil dari MSTAR online. Kita tengok betapa teruknya kerja2 pengasingan mayat dilakukan. Yang islam, mestilah nak disempurnakan secara islam. 





Retrieve: Ukrainian rescuers have been working at the scene to remove the victims, in body bags, from the site


Heart-breaking: Looters are said to have raided the belongings of MH17 passengers. These photos were found amid the debris 

Disaster: Local residents of the eastern Ukrainian countryside stand among the wreckage of MH17

Tourist site: A man takes a photo of the charred remains of the plane. Pro-Russian rebels are accused of failing to protect the scene 

Ashen: Officials continue to scour the plane, shot down by a missile on Thursday, to identify the bodies

Tributes: Locals have come out in their droves to leave flowers and tributes to the dead among the flowers as the investigation continues

Distraught: One woman puts her hand up to her face as she looks at the wreckage site 

While residents have been able to leave flowers, staff of Europe's OSCE claim they were blocked from the site

Local sedang melalui kawasan kemalangan. Memang sedih..

Kepada mereka yang beragama islam, alfatihah dari aku dan takziah kepada mereka yang lain.

Dalam pada aku menerima berita pasal MH17, terima lagi satu berita sedih, Opah Chu jgk ibu susuan aku telah pulang ke rahmatullah pada 20 ramadhan tu. Pagi Jumaat, aku bertolak ke Kuala Kangsar bersama enak dan syikin, Husband aku petang tu dia ke Bandung. Jenazah selamat dikebumikan sebelum solat Jumaat.

Mati itu pasti, itu janji allah swt, tap kita tak tau cara kita mcm mana pulak..semuga kita semua menjadi insan yang lebih bertaqwa. 

Diam tak diam hari ni dah 23 hari kita berpuasa. Tak lama lagi nak sambut syawal. 


No comments:

Post a Comment