Wednesday 1 July 2015

Short trip to Southern Thai

Assalammualaikum,

Agak lama aku dan adik aku, Firdaus tak berjalan sama-sama. So, we planned to go somewhere la before puasa and kebetulan pun cuti sekolah. Aku bagi idea pergi belah utara tanah air, sebab semenjak aku balik dari sana pada bulan 4 haritu, aku rasa seronok la plk. Bandar Kangar dah berbeza sungguh. Last time i went there 18 years ago tu pun sebab Ijan study kat UITM Arau. Ok, they are agreed with my plan. Aku ajak p Wang Kelian yang sebelah Siam punya sebab masa aku pergi bulan 4 tu tak boleh masuk tanpa pasport. Ingat lagi, dah sampai ke boder tu aku melenggang je nak masuk yang kat belah Siam tu, sekali kena panggil dengan adik imigrisen tu, tnya mana pasport kak, haaa kena pasport ke??? aku boleh tanya plk. Rupanya 1st April tahun ni org Malaysia nak ke Wang Kelian belah siam tu kena ada pasport sebab keselamatan. Emmmm sudahnya shoping dok belah Malaysia punya je la. Ok gak la. Tapi kesian la peniaga yang kat belah Siam tu, tak ramai org Msia yang masuk dah.   Booking hotel as usual aku la punya kerja kan. Booked Putra Berasmana Hotel at Kuala Perlis.

Tapiiiii sebelum ke sana, aku kena balik Tronoh dulu hari Sabtu masa birthday Agong tu. Ibu mertua ku ada buat kenduri tahlil, jadi dia mintak tlg aku masak daging masak hitam. Lepas kenduri dalam kul 12 malam tu terus gerak ke Kuala Perlis. Awal pagi Ahad tu sampai Berasmana Hotel, pinjam bilik abah, kitorang siap2 mandi dan turun breakfast.

Kami guna khidmat pemandu van org perlih jgk. Abang ni memang biasa bawak tetamu masuk Siam ni. Satu van yang boleh muat 12 orang tu bayarannya ialah RM550. Ni day trip ye. Dukacita sikit la van ni aircond dia tak sejuk. Tau la kan utara ni panas dia mcm mana. Memang sepanjang perjalan bukak tingkap. 

Ok 1st stop, kat checkpoint Padang Besar. Ni dah sampai kat Siam. Kena letak RM2 kat setiap pasport. Tak tau la ni gomen dorang punya prosedur atau sendiri memandai. Emmmm mewah agaknya hidup pegawai immigration kat boder ni kan. Ni dalam Wilayah Songkhla.





Lebih kurang 2 jam perjalanan ke Hadyai, kami singgah makan kat restoran bawah ni, Chekkar. Tempat ni dibawa oleh driver yang kami upah tu la. Dengar cerita, DYM Sultan Kelantan pernah singgah makan di sini dan baginda pun komen sedap. Lagi satu kedai ni bersih.


Specialties at Chekkar, tenggiri masak apa ntah, aku lupa plk..sedap dan kena dengan selera aku.



Tomyam putih ni memang win..suka anak aku yang memang penggemar tegar tomyam.


Masing-masing dah kenyang, dah pergi toilet semua, kami teruskan perjalanan. Dalam sejam mcm tu sampai la ke Bandar Hadyai. Tapi disebabkan ni day trip so memang tak byk tempat la yg kami pergi. Just singgah satu market mcm bazar tu, Aku beli la dress Frozen yang kat instashop tu jual sampai RM50 60, sini dapat la sehelai RM20. Memang best shop kat sini. Jangan tak tau, aku beli satu krim muka ni yang anak aku cakap kat instashop jual sampai RM60, kat sini dorang jual RM8 je..untung besar..banyak produk kecantikan, sama ada kau sanggup nak pakai je tak. Petua pakai krim Siam ni, kalau muka tengah naik jerawat ke atau kita tengok muka kita kusam, pakai la sampai jerawat tu hilang then kita stop. Toksak dok tenyeh hari2 tu yang jadi muka putih leher hitam!!!

Disebabkan aku dan Shikin pun takde la menukar duit siam banyak, so nak shopping lebih2 pun takut. Shoping lebih kurang, kita pergi Songkhla pulak. Again, disebabkan day trip memang byk tempat la tak pergi. Driver bawa kami ke Samila Beach. Kat tepi tu byk la stall2 makanan. Beli buah je la kau mampu, yang lain memang tak halal.


Nampal tak batu belakang anak aku tu. Kat situ la letakLittle Mermaid of Songkhla..sejaranya aku tak tau ye. Pergi google nak tengok gambar lebih jelas. Ramai orang bergambar kat situ. Aku je malas..



Tak lama kat sini sebab nak gerak pergi ke Floating Market.Time ni dah hujan tapi tak lebat la.

Dah sampai ke Khlong Hae Floating Market. Tempat ni dibuka dari Jumaat sampai Ahad dari 3 petang sampai 9 malam. Sampai je situ tengok bas2 pelancong dah penuh kat parking. Since hujan baru je berhenti jalan ke market tu agak berlecak dan tak selesa. Kena tempuh dulu stall2 orang meniaga souviners, kain baju and kedai makan. Tak selesa sikit la kalau kau ni jenis pembersih. 

Beginilah rupanya. Aku first time pergi tempat mcm ni, so a bit jakun la at first. Bila kau dh oder makan, kau bawak la makanan tu makan kat dalam pondonk2 yang disediakan. Makan bersama orang lain. Ada kosong je terus duduk.




Aku oder Som Tam..nampak kan tanda halal tu. Ingat nak special oder la yang ada ketam, sekali ketam tu warna hitam daaaa..terus kensel takde mood aku nak makan. Macam tu dalam 5bath lebih kurang RM5 kita jgk la. A new experienced for me la sbb tak pernah pergi floating market before. 



Done with Floating Market, time to balik Malaysia. This time the driver tak masuk thru Padang Besar tapi lalu Bukit Kayu Hitam which kalau kat belah Siam pekan selepas boder Malaysia is Sadao atau Danok. Aku dulu pernah sampai ke Danok ni 25 years ago...memang dah lain sungguh la..driver singgah beli beras siam dan beras pulut kat Sadao ni. Of course the price much cheaper than our place. Sampai checkpoint Bukit Kayu Hitam dah ramai orang beratur nak balik. Jam jgk bila dah lp boarder tu. Almaklumla cuti sekolah kan.

Sampai hotel mandi2 terus tidoq..penat sungguh...

The next day, after breakfast, adik aku nak p cari Harumanis, lps tu konvoi ke Wang Kelian. Kali ni nak masuk Wang Prachan. Nak tengok apa ada kat sana sbb depa cakap shoping kat sini lagi murah dari Malaysia. 

On the way tu nampak la lori dan kereta polis kat Wang Kelian tu yang menyiasat penempatan kem perdagangan manusia. Hari pun nampak mendung. Sampai je checkpoint Siam, hujan turun selebat2 nya. Husband aku dah bawak kereta sampai masuk Siam ni, lps tu dia pergi parking. Adik aku tak dapat masuk sbb hujan lebat. Lagi pun checkpoint ni kecik je, takde bumbung tempat berteduh dari panas dan hujan. Lg pun dia bawak abah yang tak berapa larat nak jalan laju2 ni. Lala dan Zara pun dengan dorang.

Aku difahamkan oleh local, kalau kat Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam immigration dorang ni akan mintak sorang RM2 yg diselitkan dalam passport, kat sini plk dorang mintak RM10 untuk sorang. and RM20 kalau kita bawa kereta masuk dan sudah tentu kena ada geran kereta. Tapi masa tu aku tak tau kena bagi RM10 sorang, so aku bagi RM10 untuk 4 orang, sbb aku ingat sama jgk RM2..then officer tu mintak lagi RM30, aku ckp nak pergi bazar belakang je tak kan sampai RM10, terus dia pulangkan duit aku tadi dan bagi aku masuk. Siap dia pesan lagi makan pulut ayam hehehe...sampai kawasan bazar tu hujan lebat lagi. Husband ambil kereta, suruh kitorang masuk terus dia ajak aku pergi sampai Satun. Aku tergmam la sebab dengan takde geran, and duit Siam pun tak banyak. Mulanya aku cakap tak nak, dia ckp dah alang2 dapat masuk ni  jom je la..kalau kena tahan kita bayar je la duit RM..ohhhh..along the journey tu doa tak putus la sbb memang ada pondok polis yang kitorang jumpa. Tapi disebabkan hujan, takde orang jaga.

Baru aku faham( agaknya la), kalau kita nak masuk sampai ke Satun sana tu, dorang akan mintak RM10 setiap orang, kalau kita ckp nak pergi bazar je masuk free. Disebabkan officer tu tak nampak husband aku bwk kereta masuk dan aku pun cakap nak pergi Bazar je, dia pulangkan la RM10 tu...

Korang jangan ikut style aku ni ye...aku memang tawakal je. Doa tak putus2 bila bertembung dengan pondok polis. Husband angkat tangan je la..

Tengok tempat orang ni seronok, sbb boleh tengok rupa bentuk rumah dorang..majoriti Islam. 

Tengok tu cable letrik bersirat. 




Dah sampai Satun. 80% penduduk beragama Islam. Ada masjid besar kat sini. Tapi pukul 3 ptg mcm tu, sunyi je bandar ni. Kedai2 banyak dah tutup..tak tau la sbb apa. Nak tanya pun dorang bukan sepatah haram faham ckp melayu dan english. Pelajar sekolah perempuan ramai yang bertudung.





Ronda2 je sebab tak tau ada apa kat sini..lps tu terjumpa kedai jual pulut mangga. Orang Islam. Terus oder. YaAllah, sedap sungguh. Beza yg aku makan kat Msia. Dah tempat dia kan. Yang kuning halus tu jagung. Santan mesti la ada sekali. 




Ok, masa untuk pulang. Jalan punya jalan sampai husband rasa kita ni dah macam salah jalan. Memang betul pun..adoiiii minyak dah la takde ni, duit baht pun sikit sangat. Tanya local mcm ayam n itik kat mana Money Changer dan mcm mana nak pergi ke Sempadan. Kitorang punya sesat sampai lagi 30km nak sampai ke Hat Yai. Tanya punya tanya jumpa la sekumpulan perempuan tengah bersembang dan salah sorang dari mereka boleh ckp melayu, dia suruh pergi Tesco tukar duit ada bank dalam Tesco tu. Legaaaaa sekejap. Dah tukar duit isi minyak, merasa la aku isi minyak 2.90 seliter, mahalkan..

Dah jumpa simpang ke Wang Prachan, suka la..then stop sekejap kat satu kedai runcit ni nak beli beras pulut. Murah je sekilo RM3. Orang kedai tu tnya, nak balik Malaysia ka?? aku cakap ye, lps tu dia ckp" boder dah tutup, pukul 6 ptg (waktu dorang) dah tutup..demmmmmmm...aku terus masuk kereta ckp kat husband, matilah kita bang border tutup dah..mana tau ingat sama mcm kat Padang Besar atau aku fikir 24 jam boleh keluar masuk.

Husband ckp jangan panik, kita patah balik pergi Hat Yai dan keluar kat Bukit Kayu Hitam. Lps tu dapat tau plk kalau weekdays boder tutup awal pukul 10 waktu dorang, apa lagi husband pun speed la. Sampai Hat Yai aku kena guide dia sbb masa 1st day masuk tu, dia tidor sepanjang balik Malaysia tu. Nasib baik aku masih ingat bangunan dan jalan2 kat Hat Yai tu. Memang tengok signboad arah ke Sadao. Nak keluar kot Padang Besar agak jauh sikit. Takut tak sempat tido plk aku dalam Siam.

Bila sampai Sadao, aku nmpk kereta plet Malaysia semuanya laju2. Lega..aku folo je dorang. Sampai border pukul 9 lebih mcm tu..ramai orang tengah beratur.

Alhamdulillah, sampai Malaysia. Satu yang aku suka, masa kat Wilayah Satun tu, berhenti dekat stesyen minyak, ada free wifi kat situ, toilet bersih..jalan nak pergi Kelantan pun tak jumpa stesen minyak mcm ni. Dah ada wifi, aku whatsapp grup la cerita apa yang berlaku. sbb aku tengok byk misscalled cari aku dan husband. Sure adik aku risau.

Jalanraya dorang pun lebar jgk...tapi tak byk kereta.

Pengalaman masuk negara orang dengan tak bawak dokumen yang sah. Lps ni dah tak boleh buat lagi. Kalau buat jgk sure kantoi. Dah ada plan lps ni nak bwk masuk kereta secara sah drive sampai Krabi, Insya Allah.

Overall aku enjoy trip ni despite ada beberapa drama yang berlaku. Well, my life full of dramas hehehe...

Tiba2 teringat teh ais Thai..sedap dan pekat...ishhhh...

Hotel Putra Berasmana agak kecewa. Sayang, hotel dah cantik dekat Kuala Perlis tapi dalam bilik condition tak berapa ok. Bilik adik aku, shower dia air keluar punya la perlahan, mcm mana nak mandi. Tu pun penuh.

Alhamdulillah, dah 14 hari kita puasa..semuga amalan puasa kita diterima Allah SWT.


No comments:

Post a Comment