Wednesday, 29 August 2012

Projek geder-geder buat kukis..tamat sudah

Assalammualaikum,

Ok, bahagian ke 2 projek buat kukis geder-geder..sebab dah ada dlm drfat post kan la jgk walaupun dah hari raya...

Seperti dimaklumkan rumah Umi di Puncak Jalil adalah lokasinya..exactly a week before raya..tidor kat rumah dia dari Jumaat malam sabtu sampai petang ahad..berjaya buat 9 jenis kukis..walaupun plan asal adalah 5 jenis aja..tapi tu la bila dah penat tu ada je yg dah bermasam muka sbb bercanggah pendapatn..mana taknya untuk london alomond terlebih buat bancuhan, sudahmya sehari sunutk dok menggentel dia je..ada yg cadang buat biskut lain menggunakan tepung campuran tu tp dibantah oleh pihak lain...tapi akhirnya berjaya jgk..gelak ketawa, masam muka, gadoh2 manja mebuatkan projek ni sgt seronok...insyaallah ada rezeki di tahun depan, kita akan buat bersama..satu kenangan yg terindah..

Nama2 biskut jgn ditanya sebab pelik2..aku pun dah lupa..ni la antara2 kukis yg berjaya dibuat...ada diantara kukis ni dapat sorang 2 bekas balang yg tinggi tu...setelah ditolak campur modak dalam tak sampai sorang RM100...cuba beli memang tak dpt la sampai 9 jenis kan...












Suka sangat sbb dah tau bagaiman shell tart ni dbuat,,senang saja..

p/s - minggu ni cuti panjang, mesti jalan sesak org pergi open house...

Sunday, 26 August 2012

Eid Mubarak 2012

Assalammualaikum,

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga, maaf zahir dan batin..tahun ni turn beraya di Tronoh, kampung husband. Balik sana awal pagi sabtu lebih kurang pukul 1 mcm tu..ingat nak avoid dari jam tp bumper to bumper dari rawang sampai ke tanjong malim..sampai tanjong malim masuk guna jalan lama..sempat sahur and sampai rumah MIL dalam pukul 6 pagi mcm tu...

As usual all the preparations for masak rendang and lemang is dome by MIL..i just helped her tidy the house..tak de apa yg menarik melainkan malam raya ke 2 we organized bbq...2nd day raya my parents and siblings visited our uncle at Ipoh and i joined them...aku balik Kl pagi Rabu..lega betul dpt tidor di atas katil sendiri...gambar2 di bawah adalah sebahagian semasa beraya di sana..oh ye sempat gk aku pergi AEON Station 18 terus shopping kat sana, berjaya dapat 2 psang kasut..hihihi..



 






2nd raya at uncle's house..







3rd raya..rumah kawan husband kat Tambun....design english style..cantik..suka betul aku tengok..gambar tuan rumah blur la plk...lps tu pergi Chepor, rumah kawan shikin..







Tu je la kisah raya tahun ni..balik Kl  turn raya rumahsedara mara kat sini pulak....nanti upload gambar..

Thursday, 16 August 2012

Projek geder2 buat kukis Part 1


Kejadian di bawah ni masa nak cari barang2 buat kukis..dari Jalan Tar(tak jadi masuk sbb jam sgt), terus ke Puchong(Bake With Yen) tp kedai tutup langsung ke Yummies @ Bangi..hiway ke hiway la senang citer..

Pose wajib bila dalam kereta



1st time pergi Yummies


Kat dalam kedai tu ramai orang, bersesak-sesak..untung cina ni, yg raya melayu diorang yg untung lebih.




Antara jenis kuih yg sempat di buat petang balik dr Yummies





Ok nanti sambung lagi...nak buat kerja dulu

Diari Ramadhan 1433

Assalammualaikum,

Dah lama jengah blog ni...sibuk sangat...apa yang aku sibuk sgt tu?

1. 1st week puasa, berbuka dgn  keluarga hubby kat Istana Budaya..orang tak berapa ramai sbb mungkin awal lagi kot..dpt mkn dgn tenang...(minggu ni tak berapa sibuk lagi)..

2. Dari 2nd week puasa aku sibuk dgn memproses loan TNB esos. Berbuka pun kat ofis,sempat mkn kurma dan minum air..before 7 dah keluar rumah..lunch hour pun break dlm 10 minit sbb sayang nak buang masa..

3. End of 2nd week ramadhan on Saturday, me, my mom and helper tolong kemas rmh adik aku Amir..wife dia dah balik Kuching dgn Lala..so ambik kesempatan kemas rmh dia..masyaallah..sgt teruk..bayangkan untuk dapor je kitorang guna 10 bag plastik sampah...memang patut la bini dia kena *&%$%...sian adik aku..semuga allah swt membuka pintu hati dia untuk berubah..balik rmh masing2 kepenatan..

4. The next day, pergi kemas rumah umi..actually dah kemas masa 1st week pose tu...saja pergi nak lap habuk..sbelum tu pergi cari barang2 buat kukis..dari Puchong ke Bangi..1st time pergi Bangi beli barang..punya la ramai orang..nama kedai tu Yummies..sampai je sempat la buat kulit tart dlm 2 bancuhan..

5. 3rd week, still buzy wth TNB esos..still buke pose kat ofis and stayed back until 9.30 pm..On Saturday(11/8/2012) came back to work sambung keje lagi..tp mlm tu iftar dgn umi, along and zee kat Dorsett Regency Hotel, while makan2, Jaafar Onn and Haiza entertained us with their nice voice especially Haiza..she look so sweet and she is expecting..the baby due on September..Jangan tak caya, diorang panggil aku n the gang nyanyi sama2 kat atas pentas but sure la orang dah tak ramai kan..malu beb kalau orang ramai...one hing about buffet ramadhan ni, despite the price is quite high, orang tetap ramai..even fully booked...masa ni la company nak treat staff diorang makan..like my husband's office during fasting month all the panel legal firm sibuk nk belanja buka pose..sudahnya yg pegi orang tak puasa(kafir)..from dorsett terus pergi rmh umi..dpt buat 2 bancuhan london alomond..4 pagi pegi sahur, 5 pagi tidor..pukul 9 pagi umi hantar pegi ofis..

6. From office tu jumpa diorang kat LRT Seri Petaling..thank you hubby hantar sampai sana..aku tak biasa naik star lrt ni, kang ntah mana2 sampai..diorang ambik aku terus pegi RnR Awan Besar..ordered Samuri Sate..tak sedap..daging kecik n kering..tapi tetap habis..tak baik membazir maa bulan puasa ni..

7. Balik dari buke terus buat kukis sampai sahur..berenti rehat kjp pukul 9 sambung buat kukis..biasa la bila masing2 dah kepenatan tapi kejap je..alhamdulillah kitorang berjaya buat 9 types of ookies in 2 days..hebat tak?? hebat kan...dah siap kemas dapor, mop lantai semua dan dibahagi kuih sama rata, pulang la kitorang semua ke sarang masing2..lps buke aku terus tidor sampai sahur...memang penat..penat dengan loan n buat kukis lagi..phisically and mentally...

8. Final week,still process TNB..still byk sampai aku gadoh la dengan Head of Branch..sbb dia push aku sgt tapi dah mintak maaf pun dgn dia, nasib baik dia ok n she said she understand my situation..sib baik tak komplen at Boss aku..alhamdulillah hari ni settle semua..penat, sedih, marah semua ada..oh aku jadi begini sebab offismate aku maternity leave and i had to cover her branch besides my branch yg aku handle..anyway she also came last week for 2 days to helped us eventho she still on maternity leave..thanks so much Alin..and thanks to my other colleagues too...

Bila dah buzy balik rmh kepenatan terus tidor cepat, quran pun tak sempat nak baca..cita2 aku nak katam quran masa bulan puasa ni tak kesampaian..sambung je la nanti juzuk yg aku berenti tu..

Ramadhan pun dah nak sampai ke penghujungnya..sedih sgt tinggalkan bulan yg penuh dengan keberkatan ni..insyaallah kalau panjang umur kita jumpa lagi di tahun depan...

p/s - kalau korang beli barang dgn member, then member ckp byr bila2, nk kena tunggu sampai 5 6 bulan ke baru nak bayar? maksud member tu bila ada duit byr la tp tak de la sampai 5 6 bulan sebab member ko tengok ada je benda baru kat badan kau..ntah la..mcm2 perangai..

  

Friday, 20 July 2012

Esok dah 1 Ramadhan


                   
 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

 
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa  umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan  hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.
 

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.....SEMOGA PUASA KITA DI TERIMA  ALLAH SWT...AMIN


p/s -  suka sgt waktu malam di bulan ramdhan..langit sentiasa cerah... 

Thursday, 19 July 2012

Dah tak sibuk sangat dah...

Assalammualaikum,

Dah lama blog ni tak berupdate. Busy yg melampau for a past few weeks. Since my officemate is on maternity leave, it is my responsbilities to cover her job. Actualy bukan la teruk sgt pun, kitorang buat kerja yang sama tapi handle lain2 branch. Kebetulan bulan ni banyak pulak submission for TNB esos sebab masing-masing nak pakai duit buat raya, walaupun bukan semua tapi aku percaya 99% peminjam tu nak guna duit buat raya. Hari-hari balik lambat dan sampai satu tahap kena bwk balik kerja kat rumah which i don't like to do but had to. Dengan kelembapan system kat ofis ni, buat keadaan lagi tense during processed all the documents. Ada sekali tu aku dah tinggi suara kat one of the branches staff...memang hilang sabar time tu...walaupun eve, amir, mansor, aniza n nurul tolong key in pun aku rasa mcm tak habis2..belum lagi nak handle yg last minit punya submission...time tu lunch pun tak keluar makan sbb sayangkan kerja ni...rasa rugi..tapi alhamdulillah semua dah settle..TNB staff, Encik Fairuz dari Unit Saham banyak membantu.

Beberapa perkara menarik berlaku sepanjang blog ni tak berupdate. Nanti bila free baru nak post gambar aku pergi hi tea kat concorde. Last Sunday way my dotter birthday, We just took her tu Sunway Pyramid and she spent her time by playing ice skating with Maryam and Adam..that her birthday wished..while the kids on the ice, the adults sibuk main bowling..spent half day kat sana and we had dinner at Delicious. Hubby bought ice cream cake at Baskin Robin.

Lagi 2 hari kita nak sambut ramadhan..seronok kan..bulan yg paling dinantikan oleh umat islam untuk membuat sebanyak mana kebaikan. Aku tak nak janji apa2 tapi akan cuba buat yg terbaik untuk mengisi ramadhan ini, insyallah..

Ok, enough of ramblings, nnti ada masa aku post gambar ye blog...

p/s- Kelakar betul la kwn sekolah aku ni, dia bengang dgn salah seorang dari geng aku, habis semua dia block kitorang kat FB..tapi ada aku kesah..hahahaha..