Friday 30 January 2015

Di Pintu Syurga

Setelah hilang selama 327 hari, semalam Kerajaan telah mengumumkan kesemua mangsa pesawat MH370 dilaporkan terkorban atau pun sudah meninggal dunia. memang perit bagi semua untuk menerima berita ini. aatah lagi dengan tiada sekumit bukti menunjukan pesawat terhempas, tiada sebarang serpihan ditemui. Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bertabah lah pada ke semua waris. Memang pahit.

Alfatihah dan Takziah kepada keluarga mangsa dan semuga ahli keluarga dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Semoga pencarian yg masih diteruskan menemui hasil. Insya Allah. MH370 sentiasa dalam kenangan rakyat Malaysia.



Segalanya kaku

Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada



Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi



(Korus)
Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi



Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih



Ulang Korus



Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga

Lagu Dayang sebelum ni aku dengar kat radio takde la aku suka, tapi bila dengar dia menyanyi live masa AJL baru2 ni sambil diiringi okestra, aku terus suka..ending lagu ni pulak keluar suara Asst Captain(correct me if i am wrong) yang mengatakan good nite Malaysia from mh370 lebih kurang mcm tu la, sgt kena dengan lirik lagu ni.

No comments:

Post a Comment