Sunday 5 February 2012

12 RabiulAwal..





Junjungan Mulia

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia


Ingat lagi nyanyi lagu ni masa zaman sekolah rendah..time tu dalam darjah 4 atau 5, sekolah ugama..pagi pergi sekolah petang pergi sekolah agama..kalau ada sambutan maulidur rasul lagu ni wajib dinyanyikan..aku dulu merupakan wakil nasyid sekolah...bukan la penyanyi utama..

Memandangkan hari ini merupakan hari ulangtahun Keputeraan Nabi Muhammad saw sengaja aku meletak lirik di atas sambil kita mengenang sedikit sebanyak sejarah Nabi Muhammad saw..

Marilah kita berselawat dan salam junjungan besar Nabi Muhammad saw, sama-sama menghayati pengorbanan agong baginda menyampaikan syiar islam yang suci kepada umat islam yang penuh lengkap segenap zaman..

No comments:

Post a Comment