Thursday 20 September 2012

Kuantan trip part 1


Assalammualaikum,

Syukur ke hadrat illahi kita sudah sampai ke bulan Zulkaedah, musim orang pergi Mekah. Yang buat open house raya pun ada lagi termasuk dengan majlis perkahwinan. Cuti 3 hari yg lepas aku dpt 3 undangan ke orang kahwin dan open house tapi terpaksa dilepaskan sebab nak pergi Kuantan. Kali terakhir aku ke sana masa hiway LPT dari Karak ke Kuantan baru dibuka. Waktu tu toll free so kitorang tyr  la..

Tapi kali ni pergi sana untuk menghadiri majlis perkahwinan Yana n Faizal. Yana ni kiranya adalah sedara angkat kitorang la..adik dia dari yg no 3 sampai no 6 mak aku yang jaga, time tu family aku tinggal kat quarters polis. Untuk menambah pendapata keluarga, mak aku menjaga anak orang. So, bila dah jaga adik beradik dia dari baby, termasuk dia yg masa tu mungkin dlm umur 4 5 tahun, sudahnya jadi mcm satu keluarga. Setiap kali ada ke wedding dlm family kitorang, yana n adik mesti tolong, mcm2 kerja yg diorang tolong. so, aku dh bgtau family member yg lain, kalau dia kahwin kita kena turun ke Kuantan beramai-ramai, tapi sayang adik aku Waty tak dpt join( padahal si Yana ni la yg byk tolong dia masa dia kawin hari tu) sbb dia kena attend conference kat China.

Lebih kurang pukul 8 pagi bertolak dari rumah, singgah ke UIA naik ambik kawan Mariam..perjalanan dari toll karak lancar takde jam..agaknya orang pun dah penat nak travel jauh kot lg pun minggu tu kan minggu terakhir nak buat open house. Adik aku Ijan bertolak dari Melaka lalu Muadzam., adik aku Firdaus pagi lagi dah bertolak. Plan nk konvoi tp aku lambat, tak sangka pulak kali ni dia awal..

Harus la tuan tanah bergambar dulu sebelum bertolak..


Lebih kurang pukul 12 sampai toll Kuantan, misi mencari makan bermula..disebabkan bfast pun ala kadar je, masing-masing especially husband aku dah kelaparan..lalu bandar indera mahkota ternampak restoran ni, terus berhenti..alhamdulillah ada jual nasi campur. Restoran ni jgk ada jual nasi kukus, so aku pilih nasi kukus..lauk pauk kat sini memang nampak mengancam..


Husband rambang mata tak tau nak pilih lauk apa..budak pempuan tu kawan Mariam, nama Ain..



 My nasi kukus..sedap


muka kekenyangan dan mengantuk


Lps makan teruskan perjalanan mencari apartment..ooohh...traffic lite kat town centre kuantan ni sgt lembab..dah la byk sekali stop punya la lama..pada hal takde la jauh mana pun apartment tu...before 2 dah boleh check in..

Living hall..kalau pegi ramai2 boleh bentang toto kat depan tv tu..bilik ada 3, 1 master bedroom..gambr bilik tak sempat nak snap...dah kena serbu..tp overall kitorang puas hati menginap kat sini..


Dapor tapi tak boleh masak..pinggan mangkuk pun tak cukup..tak kisah la, bukan nak masak pun..



Bilik air..

Ha...yg ni plk bila aku belek2 adalah arang, cantik kan diorng bungkus..mungkin ada guest yg bwk deghoyan masuk rmh, nk bg hilang bau diorang letak ni..pendapat aku la..kalau ada sebab lain tu aku tak tau..


Petang tu lps check in, husband dan adik aku, Firdaus, pegi main golf kat Pekan, on the way balik apt tu diorang beli murtabak makasar yg femes kat Pekan..hemmm..my personal oppinon tak de la sedap mana..sedap lg mertabak kat pasar ramadhan..yg kat bwh tu akok dan otak2..aku tak try pun..sata dah selamat kena serbu..




Lps maghrib bersiap-siap pergi rmh pengantin..ni pelamin dia..unsur2 semula jadi..guna barang2 yg ada kat rmh..jimaaaaaat...fresh flower sponsored from Cameron..ingatkan dah miss acara nikah..ye la nk melayan traffic lite kan..rupanya dalam 9.30 baru nikah..apa lagi mari la kita mengambil gambar dulu ye..







Acara nikah sedang berlangsung...






Sweetkan..bunga tangan tu aku, shikin dan ijan sponsored, requested by pengantin..senang tak pyh pikir nk beli hadiah apa..sebelum tu dah mintak tlg member Kuantan carikan florist dan terus bagi bajet..florist tu hntr pukul 2 petang masa aku kat apartment..



Faizal dinikahkan oleh bapa mertuanya sendiri..oh ye aku suka cara tok kadi tu menguruskan upacara, sgt simple dan penuh dgn lawak jenaka, sampai kan terbahak2 si pengantin lelaki..baru la tak nervous..dengan sekali lafaz selamat la mereka menjadi suami isteri..




Tengok si Adam tu, tak melepaskan peluang nak tengok upacara nikah..lps tu semua org pegi makan kat bwh khemah..semua dah kelaparan..oh ye, kenduri kawin ni masak sendiri ye..gotong royong di kalangan ahli keluarga dan jiran2..ingat malam tu nak lepak kat mekdi TC tapi masing2 dah kepenatan, balik apt n hotel masing2 terus kebabom tidor...


Ok, settle sudah hari pertama, nanti sambung aktiviti hari ke 2..sebagai penutup terimalah...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hahaha..takde yg menarik pun..


No comments:

Post a Comment