Tuesday 31 December 2013

Highlights of 2013


Assalammualaikum,

Hari ni last 2013. Cepat betul masa berlalu. Turun naik dalam kehidupan adalah lumrah. Sebagai manusia kita memang tak lepas dari diuji dan setiap ujian tu menjadikan kita seorang yang tabah.

Walau diuji dengan berbagai dugaan, kami sekeluarga tetap bersama menghadapi. Macam-macam yang berlaku ke atas adik aku, Amir. Semuga Allah swt memberi petunjuk dan mempermudahkan segara urusan kami sekeluarga.

Sehebat mana pun dilanda masalah, kehidupan harus diteruskan. Acara makan angin tetap dijalankan. Hahaha...

Jalan sama sahabat...January 2013, pergi ke Phuket bersama Along dan Umi. Pengalaman baru. Tengok tempat orang, ada indah dan tak indah. Cukup la pergi sekali.(ye, sampai skrg pun tak blog lagi kisah Phuket ni)





April 2013: Dipanggil untuk menjadi tetamu Allah swt. Syukur diberi peluang menjejaki kaki ke rumah mu Yaallah. Terus terang aku cakap, mak aku yang bayarkan pakej penerbangan aku ke sana. Mak ajak aku teman dia dan abah. Alasan, sebab takut dorang tak sihat atau tak larat, ada orang yg jaga.

Pengalaman yang cukup indah. Dapat menziarah makam Rasulullah saw dan sahabat. Bersembahyang di masjid nabawi hampir hampir setiap waktu setiap hari. Melihat tempat bersejarah di bumi Madinah.

 The City Never Sleeps. Mekah 24 jam busy dengan para pelawat dari seluruh dunia.  Dari jauh lagi dah nampak menara Jam Besar @ Zam Zam Tower. Selepas urusan check in, kami menginap di Hotel Almasaa yg jaraknya dalam 100 meter ke Masjidilhram., terus kami mengerjakan ibadah umrah.

Perasaan takut terus menyelubungi diri ini. Aku takut adakah aku di terima menjadi tetamuNya. Alhamdulillah, sebaik saja kaki jejak ke Masjidilharam, satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Terlalu suka dan bersyukur. Melihat orang yang begitu ramai dari pelbagai bangsa.

Terus mutawif kami(student malaysia yg belajar di Mekah) bawa kami ke tempat tawaf dan diberi penerangan seba sedikit . Automatik Air mata akan mengalir bila melihat Kaabah di tempat mata. Terlalu kagum tak dapat diucap dengan kata-kata. Setelah selesai tawaf, ke tempat sa'ie. Bayangkan semangat Siti Hajar ketika mencari air untuk Nabi Ismail as dengan keadaan muka bumi pada waktu itu. Berbatu keras dan terpaksa berlari tujuh kali antara Safa dan Marwah.




Akan ku kongsi pengalaman aku di blog ni..Terima kasih mak atas perbelanjaan membawa anakanda mu ni ke Mekah.

June 2013, "balik kampung" dengan Firdaus n family. Sambil shopping raya katanya. Macam tak cukuo kain baju kat KL ni kan. This time stay kat House of Sangkuriang. Hotel baru. Semua  satisfied dengan hotel ni.

Pengalama tertinggal kapalterbang. Semua ni salah supir. Check out hotel jam 12, tapi jam 2 belum tiba lagi. Bila tiba, cakap hotel yang kami tinggal di jauh dari bandar, boleh ke mcm tu? Dah la hujan lebat time tum so Bandung pun jam, tak tau jalan short cut. Bila sampai hiway dah pukul 4. Hiway pun kereta banyak. Oh ya, flite pukul 7 ye Bayangkan nak sampat Airport Jakarta dalam 3 jam. Dengan driver bawa dalam keadaan mengantuk, bergayut kat HP, memang kami semua tertinggal flite. Sampai Jakarta 7.30. Cari MAS office n explained everything, each of us kena bayar  50USD per person untuk flite esok pagi which is at 4am in the morning. Kena la bermalam kat airport tu. Ini bukan driver yang selalu kitorang ambil tu. Pengalaman ditinggal pesawat. Nasib baik naik MAS, if airasia tu memang konfem beli tiket baru..

Along dan Zee pun ada dlm trip kali ni..jumpa dorang kat pasar Baru..


July 2013. Berlaku peristiwa hitam dalam family aku. Adik aku diperangkap sendiri oleh isteri dia, dan dimasuk dalam lokap. Kalau ada yang baca, mungkin tak percaya kan. Tapi itulah hakikatnya. Kami sekeluarga tak pernah jumpa manusia jenis macam tu. Nak cerita details pun memang tak sesuai kan. Biar Allah swt je yang balas segala perbuatan dia ke atas adik aku, anak2 dia dan mereka yang telah terainaya dengan perbuatan dan perlakuan dia. Semuga Allah SWT membuka pintu hati perempuan itu untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Dan sampai sekarang rmhtanhgga adik aku tak pernah aman.

November 2013, berjalan besama keluarga ke Pulau Langkawi. We had fun and everbody enjoyed. 



December 2013, penutupnya aku sekeluarga, Ijan sekeluarga, abah dan mak, jalan2 di Taiping. Tidor semalam kat Taiping Golf  Resort. Dhiyaa, anak amir dari perkahwinan dia yang first tu pun join kami. Sempat la malam tu melawat Zoo Taiping di waktu malam. Nampak jgk la binatang2 tu. Yang penting, budak-budak and mak budak gumbira. Aku pun tak pernah pergi zoo waktu malam kan, kiranya pengalaman baru.



Acara jumpa kawan-kawan, masih lagi seperti biasa..tp dah agak kurang berbanding semasa kali pertama bertemu selepas 20 tahun..masing-masing sibuk dengan hal. Sekali sekala kami akan berjumpa untuk hitea atau birtday celebrations. Syukur dikelilingi oleh kawan-kawang yang sekepala dan penyanyang.

Dari segi kerjaya, seperti biasa, masih lagi kerja dengan company yang sama dah 20 tahun. Kawan2 aku selalu tanya, tak nak tukar ofis ke? Aku rasa tak la kot. Aku dah selesa sangat kat sini. Gaji pun alhamdulillah, sesuai dengan kelulusan aku. kerja pun tak stress(setakat ni la)..Alhamdulillah..

Dengarnya malam ni ada perhimpunan nak gulingkan kerajaan sebab kenaikan tol, tarif elektrik dan lain2. Tak payah la buat semua itu. Gunakan hak kita sebagai pengguna. Kita yang manage duit kita sendiri. Aku sendiri pun dah bgtau husband aku, kita kena kurangkan la makan di luar, jalan2 hujung minggu if tak perlu kan. Cari hobi bersama yang boleh buat di rumah. Tepuk dada tanya selera.

Selamat Tahun Baru 2014, semuga kita semua sentiasa diberkati, diberi kesihatan yang baik dan terus sukses.








No comments:

Post a Comment