Tuesday 28 January 2014

Trip Jakarta n Bandong lagi dan lagi...

Assalammualaikum,

Hahaha...ye aku sekeluarga memang suka ke Jakarta dan Bandong. Ada orang tanya, cari apa kat sana tiap-tiap tahun pergi sana. Buat apa pergi tempat yang sama berulang kali. Baik pergi tempat lain. Macam-macam la soalan yang aku dapat.  Sampai orang cakap aku ni dah macam balik kampung je sebab selalu sangat pergi..

Jawapan dia, aku suka la sebab kat sana belanja melancong takde la tinggi yg nak kena keluar duit sampai 5 6 ribu atau lebih. Air ticket pun tak semahal mcm nak pergi Korea ke mana ke( Korea tu insyallah, dalam perancangan lepas Yaya habis exam). Dengan currency kita yang lagi tinggi dari IDR, so bila spent tu rasa mcm best la. Makan pun aku rasa harga ok tak adalah mahal sgt. macam husband aku, dia suka minum kopi, so dia lagi la tau murah ke mahal. Actually, bukan la psl makan, sebab isu makan ni subjektif, ikut selera masing-masing. Tapi memang suka la, nak shopping pun ada setengah barang memang jual lagi murah dari Malaysia.

Plan nak ke sana ni pun adhoc. aku just browsing tengok harga tiket, dan kebetulan cuti Thaipusam pun tak ada plan nak pergi mana, tnya adik aku Firdaus dia pun cakap ok je, so aku book la..Flite aku petang Khamis tu dan adik aku pulak malamnya. Yang sebenarnya, Jakarta ni aku jarang tidor, selalunya dari airport langsung ke Bandong. Tapi this time aku nak tidor sana sebab dah serik kes tertinggal kapalterbang(serik pun pergi lagi kan, syabas)

Kali ni naik KLM pulak. Tapi Firdaus naik Airasia, sebab Adam kan sekolah petang, so dia pergi malam la. Tinggal Malindo je aku tak try naik lagi. Nanti nak naik Malinda pulak. Ada plan ni nak pergi bulan 5 nanti, nak shopping raya hehehehe(mcm kat KL ni tak boleh shopping kan)

Dah sampai airport, sambil nak tunggu, meh la kita buat acara syok sendiri..




First time naik KLM ni, so jakun la sikit. Masa boarding ni nampak Judika, nak aambil gambar tapi segan. Dia duduk belakang aku je. Rendah je Judika ni, tapi suara dia bila bercakap pun dengar dah sedap.
Satu flite jugak dengan pelakon Marisa Yasmin tu, if tak kenal sila google. Dia ni berlakon jadi watak mak2 tapi dia ni cantik dan tinggi jugak. Masa kat airport Jakarta pulak aku nampak blogger shazwani dan husband dia.

Flight attendants KLM ni kebanyakan dah berusia dan badan pun tak la slim mcm airasia atau mas ke. Aku rasa negara asia je kot yang stewardess cantik dan slim. Cara kerja memang tip top la kan. KLM ni flite dia sehari sekali je ke Jakarta. Balik pun sama, sehari sekali jgk dari Jakarta. Ni macam transit la nak ke Amsterdam.




Bundaran HI (Bulatan Hotel Jakarta) merupakan jantung kota metropolitan Jakarta. Sebenarnya gambar ni aku ambil masa hari Ahad on the way ke airport, tu yang tak ada kereta tu..if not kat sini memang sesak gila.
Tengok, cuaca pun mendung je. Sepanjang aku kat sana memang setiap hari hujan.



Dari airport kami dijemput oleh Pak Erwan. Setiap kali ke sini, aku memang upah dia bawak kami sekeluarga. Dah selesa dengan dia. Lepas tu terus dinner kat Warung Tekko, Thamrin City. Ada a few branches, yang dekat dengan hotel kitorang ialah Thamrin City. Dulu Thamrin City ni Jacc Mall. Kat sini pun boleh shopping dan selesa dari Tanah Abang, tapi aku tak shopping pun.


Yes, avocado juice atau alpukat.


Gurami goreng, ayam special tekko penyet dan Iga bakar sos madu( Iga tu rib kot..) Rib tu dalam RM20 je dan rasanya enak sekali. ADa lagi makanan yang dioder, tapi lapar sgt, gambar ni je sempat ambil. 

Total semua dalam RM90. Masing-masing oder air buah. Husband oder sirsak or durian belanda. Yang bestnya kat sini bila minum, dorang memang guna buah bukan jus. Aku dah bnyak minum sirsak kat jakarta dan bandong, memang dorang guna buah.



Perut dah kenyang, jom kita check in hotel. Since sampai pun dah malam. yang firdaus pun still kat KL lagi, we planned to stay at N1 hotel and cost about 350k pernite (RM94.85). Sebabnya esok pagi dah berangkat ke Bandong, tak payah la membazair stay kat hotel yang mahal sikit dari N1. 

N1 ni situated at Tanah Abang. Kiranya boleh jalan kaki la kalau larat. Ramai orang Malaysia stay sini. Jenis yang datang memang nak shopping atau berniaga.

Tapi bagi aku, cukup la semalam dan pengalaman tidor sini..hehehehe..tak sesuai dengan saya. Bantal pun 2 biji dan nipis. Bila minta, cakap takde. So, lipat la comforter tu, jadikan la bantal. Nasib baik aircond tak sejuk sangat. Boleh je la, nak selesa sangat tu tidak la hotel ni.

Bilik air adik aku pulak, dia bukak tap tu terus keluar air kale hitam..terkejut dia...

Pemandangan dari tingkat kamar aku. Yang gelap tu kawasan penempatan. Rumah Pak Erwan bawah tu je tepi sungai. Masa banjir, rumah dia masuk air sampai lutut.



Esoknya, lepas check out. tak sarapan pun sebab tak selera tengok buffet breakfast tu, kitorang terus gerak ke Bandong.

Seperti biasa dalam mpv, Yaya dan Adam duduk belakang ye...Hiway pun tak jam, dan singgah di RNR untuk breakfast.


Sampai Bandong, ,menginap di Aston Braga. Aku dah cakap kat husband, i nak duduk hotel best kali ni. Best tu yang aku mampu la. I nak makan buffet breakfast yang byk pilihan , aku bgtau husband aku. I nak trip ni kita enjoy stay kat hotel, aku cakap lagi kat husband aku. sebabnya i bukan la nak shopping sangat..ye ke??? husband aku ckp..hehehehehe...Eh, memang betul pun, aku hanya pergi 2 FO je. tu pun teman Shikin. 

Sementara tunggu bilik berkemas, kita bergambo dulu kat meja yang ada bunga harum sundal malam ni...



ok, bilik dah siap...cenggini la rupanya bilik di Aston Braga..aku tak ambil apartment, bilik je...husband tengah on kat aircond bilik..


Nampak tu dalam bilik air ada hose nak basuh bila lepas hajat..legaa..



Pemandangan dari tingkap bilik. Time ni pun gerimis je..Aston Braga ni dekat dengan Pasar Baru. Boleh jalan kaki dari sini. Ni kali ke 2 aku menginap di Braga. Yang 1s tu aku stay kat private apartment. Bulan February 2012. Time tu aku pergi dengan adik aku, Ijan. Ni Ijan pun nak pergi Bandong raya cina nanti.dia pergi berdua dengan Shahril. Memang family aku suka datang sini kan...



Dah puas rehat dan solat semua, baru teringat belum makan tengahari lagi. Time tu pun dah pukul 4 rasanya. Jom kita makan di HDL Seafood kat Cilaki. 3rd time makan kat sini. Sangat puas hati dengan portion, rasa dan harga. Banyak yang kita order, tapi dua gambar ni je la yang dapat dirakamkan dalam ipad aku.  Ikan, sotong, sayuran pun ada. Bill dalam RM120 jek...tak larat nak ratah dah. Pergi sini seeloknya dalam kumpulan la sebab memang portion makanan dia untuk 3 - 4 orang. aku tengok couple sebelah meja kita orang terkial-kial nak habisjan sotong goreng tepung.




Dah kenyang, jom kita terjah butik Polo Ralph Lauren yang terletak di Setiabudi. Husband aku la best shopping kat sini. Harga memang jauh beza dengan di KL. Original ye..husband saya tak pakai barang tak ori..hehehe mcm sombong je bunyinya...

Lepas tu singgah FO DSE dan sambung shopping. Nak dinner pun kenyang lagi. Singgah Starbucks masing2 beli air balik bilik. Kat bilik ada maggi, if lapar rendam je la..

Bawah ni kotak kek..saja aku ambil gambar sebab kotak dia nampak lain..


Masing-masing kepenatan, ingat nak keluar lagi dengar live band pun dah tak larat. Esok nak pergi Pasar Baru pulak.

Yaya dan Adam awal2 lagi dah cakap tak nak ikut. Dorang nak pergi Ciwalk nak beli converse. 

Yang tu nanti kendian cerita..


p/s - Dah dapat bonus dan increament, alhamdulillah..




No comments:

Post a Comment