Tuesday 10 February 2015

Birthday Husband yang ke 49

Celebrate masa cuti Hari Wilayah. Memang birthday dia ni jatuh masa Hari Wilayah. Kan malam minggu tu sambut birthday Zara, ajak la potong kek sama2, tak nak..dia ckp ada ke i nak potong kek frozen..hahaha..ala, suka2 jekk...

Plan asal nak belanja hi tea kat Concorde, tapi biasa la, hanya mampu merancang. Pergi Saujana Rawang balik siang Ahad tu, kumpul kat sana then masing2 nak join, kita pergi dinner je la. Adik aku ajak makan ikar bakar Aroma tapi dah lambat kalau nak book sure dah penuh. So decide ktia pergi The Curve dan tengok apa yang ada kat sana.

Selalunya nampak restoran ni tak singgah pun, ok this time kita try kat sini. Actually The Terrace ni under hotel Royale Bintang. BBq Buffet Dinner. Ok la, harga pun takde la mahal sgt. Murah dari harga hi tea kat Concorde KL. 


Kat bahagian luar. Kat luar tu bahagian bbq. Boleh jugak oder nasi goreng, mi goreng, burger,kebab semua kat situ.



Suamiku Mr Not So Perfect 10 enjoying his dinner...hahahaha...



This bread butter pudding memang sedap melampau. Aku ni pelik sikit, org makan desert last sekali kan. Aku tak, sbb kalau dah kenyang mcm mana nk mkn desert. Yang ni dulu aku ambik...




It seems everyone like the food here especially the kids. They can eat as much as they like.

Belikan hadiah kasut untuk suami ku ni. Dia suka Clarks, so layan..lagi 4 tahun baru tukar ye bang.



Berjaya aku ajak dia teman aku tengok citer ni hahaha..tu harga tiket harga Senior Citizen..memang aku sengaja mintak..murah tu..bengang je adik aku bila aku whatsapp gambar tiket ni kat dorang.

Ok la movie ni..ada la jgk part buat aku gelak dan sedih. 

Hari Selasa tu pulak layan citer Taken 3. Katanya ni yang last. Quite a bit slow compared with the previous 2 films maybe sebab Bryan dah tua kot...

Wahhhh aku dah tengok 4 movies sampai bulan 2 ni..huhuhu...

Alhamdulillah company aku dah bagi bonus Jumaat lepas. Ingat dah takde..dah sedih..increament pun ada jugak..

Weekend ni insya allah aku akan ke Melaka attend wedding. Dah suruh husband book hotel..tak sabar nak jumpa anak2 buah aku tu..boleh je aku nak stay rumah Ijan, tp dah 4 bulan tak pergi jalan2 ni. Penting bagi aku kita bekerja ni untuk rehatkan minda.  Salah satu cara aku la nak tenangkan fikiran dan rehatkan badan.



No comments:

Post a Comment