Friday 6 February 2015

Doa selamat dan bacaan Yasin sempena Birthday Adelia Zara yang ke 4

Assalammualaikum,

Antara aktiviti yang berlaku cuti panjag minggu lepas. Sambutan birthday Zara. Sambil tu solat berjemaah maghrib diikuti bacaan yasin.

Izaz sedang qamat. Takde jemput sedara. Hanya antara family aku. Family sebelah Shikin pun takde. Tu pun dah kecoh bising dgn suara anak2 buah aku.




Antara menu yg disediakan oleh pihak tuan rumah dan yg di bawak dr rmh aku. Mak kukus pulut kuning dan masak rendang daging.


Husband sibuk gorent kuetiaw. Ni kat dapur tuan rumah. 


Demam Frozen tak habis lagi so of course la kek tema Frozen.



Suka aku tengok aksi Zara time potong kek ni. Nampak hepi dia, gedikk...


Ni rumah weekend adik aku. Cuti je dia dtg lepak sini. Kat Saujana Rawang. Nanti dia ajak la anak2 buah aku Muaz dan Izaz tidor rumah dia kalau dorang balik KL. Tak ramai lagi jiran, sunyi. Malam tu mak dan Yaya pun tidor sana. Makanan banyak tak habis..esok siang tu aku datang sana lagi, repeat makan..



Group photo is a must. Pun tak cukup. Opah dan Atuk memang payah la nak ajak bergambar. Papa dan abah birthday girl sembang kat luar.

To Adelia Zara, happy bithday, semuga menjadi anak gadis yang baik.



No comments:

Post a Comment