Wednesday 4 May 2016

Abah..pergi tak kan kembali


Assalammualaikum,

Hari ni, 4th May 2016, genap la seminggu abah pergi meninggalkan mak dan kami adik beradik untuk selama-lamanya...

Sedih, terkejut..tapi ketentuan Allah SWT tak ada siapa dapat menghalang.

Sakit abah adalah sakit biasa seperti kencing manis dan darah tinggi..

Mak citer bulan lepas abah pergi medical check up, kencing manis dan darah tinggi dia dalam keadaan yang baik, normal..

So, bila orang ramai sedara mara jiran tetangga tanya abah sakit apa?? aku cuma boleh cakap abah tak sedap badan, tak lalu makan dan buang air besar pun dah tak boleh kontrol..

Pagi Isnin bersamaan 25th April 2016, aku masih lagi dengar abah solat subuh, start motor dia pagi tu terus keluar untuk sarapan. Itu dah rutin dia hari2..tak pernah sekali dia menyusahkan mak nak buatkan sarapan dia sejak dari dulu lagi..bukan mak tak nak buat tapi abah yang suka dengan cara dia..

Tenghari tu mak kol..mak masa ni kat rmh adik aku di UK Perdana..mak cakap abah suruh balik, bgtau dia dh buang air besar najis berwarna hitam..mak bergegas balil..aku kol adik aku Firdaus yang kebetulan dia berada di Wangsa Maju. Dorang sampai rumah nampak abah terbaring atas katil dalam bilik..

Sejak dari tu abah dah lemah, dah g toilet byk kali buang air besar..ni mak yang citer..mak masak bubur pun makan 2 sudu je..ajak pergi hospital langsung tak nak..cuma abah minta minum air..mak pesan kat aku balik kerja belikan abah daipers..sbb abah dh tak dpt kontrol kencing..

Malam tu wancik dan ayahcik ada datang melawat..aku dengar jgk la dia ada sembang...lega sebab abah mcm dah pulih..susah nak tengok abah sakit terbaring mcm tu..

Hari Selasa pun abah masih lemah, tak nak jgk pergi ke hospital. Alasan abah tak mau pergi sbb nanti susah nak panggil emak. Waty datang bawak doktor ke rumah..doktor check blood pressure semua ok, masukan air..bagi ubat angin dan vitamin..abah rehat..tapi petang tu dalam pukul 7 mak cakap abah macam tak tentu arah nak keluar rumah, dalam keaadaan dia yang tak berdaya tu pun dia nak bangun..mak panik, panggil jiran sebelah..abang sebelah datang, tenangkan abah dan urut badan abah...

Lps tu abah kembali tenang dan rehat..minum je yang dia mintak...mkn langsung tak mau..mak citer siang tu Pak Teh datang melawat and duduk dekat dia la sambil sembang dengan mak, abah suruh dorang ke depan sebab tak nak dengar bising..bila Wancik kol mak pun abah cakap sudah2 la tu...dia rimas..

Malam dalam kul 10 mcm tu, abah sekali lagi bangun nak keluar rumah dalam keadaan terhuyung hayang tu..mak suruh abah tido je kat ruang tamu..mak cakap awak tido je mana yang awak rasa selesa..ok abah tido dan aku pun masuk tido jgk..mak teman abah kat bawah..

Dalam pukul 3 pagi, husband aku balik dari menguruskan kedai dia, nampak abah dah terbaring kat dapur..husband nampak abah masih lagi bernafas, tapi dia takut nak gerak takut abah terkejut..panggil mak, mak tengok abah tidor, mak ke depan balik, lps tu baru mak perasan..mak pergi balik tengok abah dah tak ada..mak terkilan sikit la sebab dia tak sedar langsung bila masa abah bangun nak ke bilik air..cuma nampak diapers yang dia pakai kt tepi bilik air tu..

Mak panggil aku cakap abah dah takde, terus aku ke bawah..tengok abah kat dapur elok tidor..mak rapatkan mata dan mulut abah..masih baru dan lembut mak cakap..mudahnya abah pergi..

Abah selama ni memang mengidap penyakit susah tidor.sbb tu abah selalu keluar rmh..dia cari tempat yang selesa untuk dia..masjid Ar Rahimah dan As Syakirin adalah tempat yang dia selalu pergi..tu yang kadang2 buat mak risau..hp pun dia jarang bawak..mak bising risau sebab taku abah terjatuh ke..abah takde kat rumah, tak tau mana nak cari, now abah dah takde, dah tau tempat dia kat mana..

Aku terus panggil husband, dia panggil orang sebelah ajak angkat abah bawa ke ruang tamu..

Aku kol adik2 aku..Amir yang jawap, terus menangis cakap apa kau cakap ni Yong..sebak masa aku tulis ni..gerak anak aku, suruh dia kol adik2 aku jgk..

Ayahcik dan Wancik sampai dalam pukul 4 lebih..Waty datang dengan kawan doktor dia dan mengesahkan abah dah memang tiada..

Husband terus inform org surau.

Ijan sampai dalam pukul 7 mcm tu...

Sebelum org ramai tiba, aku tengok mak tak puas2 usap wajah abah..Suami yg hidup bersama selama 47 tahun pergi untuk selamanya..

Pukul 8 van jenazah datang , bawak ke surau untuk dimandikan, dikafankan dan solat jenazah..

Alhamdulillah, ramai yang datang melawat jenazah..urusan menguruskan jenazah pun lancar..

Sempat jgk diadakan bacaan tahlil sementara menunggu waktu ke pusara..

Dalam pukul 10 jenazah abah dibawa ke pusara Taman Batu Muda..cantik tempat ni..mcm taman..

Pukul 11 pagi, selesai segala urusan pengkebumian pada pagi Rabu 27hb April 2016 bersamaan19 Rejab 1437H..




Terimakasih pada sedara mara, jiran tetangga, kawan2 dan Alin ofismet yang datang pada hari tu..yang mengucapkan takziah dan sedekah Alfatihah dan doa jgk terimakasih yang terhingga..


Semuga Abah tenang di sana dan ditempatkan bersama para Syuhada dan mereka yang beramal soleh..

Jangan risau pasal mak..yong dan adik2 akan jaga mak..

Kami sentiasa akan merindui abah..tiada lagi kedengaran motor abah di Taman Melewar..jiran2 pun turut merasai..

Maafkan segala kesalahan kami pada abah..

2 comments:

  1. Inna lillahi wainna ilaihi rojiun.. semoga roh arwah abah dirahmati Allah swt dan ditempatkan bersama para solehin.. aamiin..

    ReplyDelete
  2. Inna lillahi wainna ilaihi rojiun.. semoga roh arwah abah dirahmati Allah swt dan ditempatkan bersama para solehin.. aamiin..

    ReplyDelete