Friday 20 May 2011

Nak pergi ke tak?

Malam esok kat taman tempat aku tinggal ni ada dinner sempena hari ibu yang dianjurkan oleh wanita UMNO. Since husband aku adalah salah seorang AJK Umno automatically dia dan bini dia pun dijemput sekali. Menurut kata husband aku tetamu yang dijemput seramai 100 orang. Kebanyakan orang taman ni la kot.

Aku sebenarnya malas nak pergi. Bukan la aku ni anti sosial ke sombong ke tapi kekadang aku ni ada perasaan yg malas nak join-join ni. Contohnya setiap pagi Ahad ada je kelas aerobik kat dewan tu. dulu aku pernah la join tapi itu 2 tahun lepas. Fee pun bukannya mahal sgt pun tak sampai RM50 sebulan. Sampaikan ketua wanita UMNO makcik minah tu selalu tanya husband aku mana bini kau..nasib baik husband aku ni pandai cover dia cakap aku sibuk la byk keje rumah nak kene buat...mana badan ko tak gemuk sasha oi...ada aerobick sepelaung dari rmh pun mls nak join...

Eh! meramble la pulak...so aku sekarang ni dalam dilema nak pergi ke tak nak dinner mlm esok. kalau aku tak pergi nanti mesti la husband aku jadi sasaran...kalau pergi nak kene pakai baju apa???Lps tu aku nak sembang dengan sape???Husband aku suruh aku pergi...tengok la mcm mana esok...kalau aku pergi aku update la ye...

p/s..tadi aku sempat buat kek oren. nampak mcm jadi. satu dapur bau oren.. nanti aku letak gambar ye..

1 comment:

  1. hmm sedapnya kek oren.. agak2la kalau saya sampai malam karang ada lagi tak?

    ReplyDelete