Friday 6 January 2012

Entry pertama 2012

Assalammualaikum,

Dah 6 hari kita berada dalam tahun baru. 1st day tahun baru je dah tak best..family matters..mls nak cerita..tak tau la bila nak berubah..masing-masing keras hati dan keras kepala..eloknya ambil dua-dua kepala tu hantuk kat dinding..tengok aku dah emo..tu yg malas aku nak cerita..apa yang aku dan keluarga mampu buat hanya berdoa dan meminta petunjuk kepada Allah SWT supaya kedua-duanya berubah..

Pagi tadi nak pergi ofis pun aku dah naik angin..ye salah satu sikap buruk aku mudah naik angin dengan erti kata CEPAT MARAH..ok sekolah kan baru buka, so aku dah bgtau soraya n husband paling lewat 7 pagi kena keluar rumah..seperti biasa husband aku ni kalau hari kerja memang la sgt susah nak bangun pagi compare dgn hari tak bekerja..kalau hari cuti tu semangat bangun pagi silap2 boleh pergi subuh kat surau..hari kerja dia akan bangun ngam2 subuh nak habis..kat situ pun aku dah naik angin..so tadi keluar rmh pukul 7.10am..masa nak masuk kereta aku dah nampak satu kereta ni nak parking dpn pagar jiran aku..ok kedudukan kereta husbang tak stret ye..bontot kereta menyenget..ikut lojik kalau kereta nak parking sebelah kereta kau tak boleh keluar..this lady driver tetap gak nak parking dpn gate jiran aku..dia hantar anak dia kat jiran aku ni..dan dia pun dah nmpk aku tunggu tepi kereta nak masuk dalam kereta, so bila dia parking dan keluar kereta, aku tanya husband aku..

Aku, " kereta kita boleh keluar ke bang"..sebab kereta perempuan ni dah halang kereta aku..
Husband, " Tak boleh" tapi pandang muka aku..ko pergi la ckp kat perempuan tu kan..

So aku pun dah memang tengah mrh, ckp la kat budak tu  eh bukan ckp sound (teruk kan)

Aku, " Dik, kereta tak boleh keluar la"..muka aku langsung tak senyum(evil sungguh)
Budak tu " Oh ye ke, tak boleh keluar ye"..so kau dah tau kan still nak perking sebelah kereta aku yg senget tu..
Aku, "nnmpk sangat tak boleh keluar"..still muka tak senyum..

Masuk dalam kereta aku ckp lagi b...h, husband marah aku..suruh aku bersabar..dia ckp budak tu dgr..aku rasa dia tak dengar..kalau dia dengar pun nanti esok2 aku jumpa dia aku mintak maaf dgn dia..perasaan marah tu berkait-kait dari subuh tadi sampai la kejadian kat atas tu..sebenarnya boleh je aku senyum kat budak perempuan tu..tapi syaitan telah berjaya menghasut aku pagi tadi..astagrafillahulazim..

Anger is a completely normal, usually healthy, human emotion. But when it gets out of control and turns destructive, it can lead to problems - problems at work, in your personal relationshops, and in the overall quality of your life...

I really hope i can control my anger...

Entry yg agak emo di hari Jumaat yg mulia..

p/s - insyallah esok nak pergi Melaka, nak jumpa mak n budak2 tu...

No comments:

Post a Comment