Monday 19 August 2013

Aidilfitri 2013 - Raya pertama

Assalammualaikum,

Hari ni 12 Syawal dah..baru ada masa nak upload gambar raya..tu pun sebab hari ni aku EL. Kepenatan memasak, melayan tetamu dan mengemas. Aku ni, if rumah aku ada function makan2, sebolehnya aku nak settlekan rumah dan dapur aku tu mlm tu jugak. Segala pinggan mangkuk kena simpan balik dalam lemari.  Lantai nak kena mop, maklum la melekit-lekit. Tapi this time memang aku tak larat, bangun pagi ni sakit badan2 aku..Jadi, hari ni aku ambik EL..enough of ramblings.

Citer kisah raya. Raya tahun ni aku beraya kat KL dulu, means kat rumah aku la. Walaupun ada org ckp, dah duduk serumah deng parents, tak pyh la raya ikut giliran kan..raya ni lain bebs, time ni semua adik beradik aku ada kumpul sekali( mana yg turn dia beraya KL la) ...lg pun time maaf bermaafan ni la time yg paling syahdu shahdan,,walaupun, tak sampai 5 minit ko mintak maaf dah bertegang urat, tp suasana tu yg penting..

Mak aku awal2 dah prepare rendang, so takde la susah payah nak tlg masak..aku dan adik aku waty, mlm raya tu sibuk mengemas rmh je la. Tunggu raya je la kita ya..

Sebenarnya tudung yang aku pakai tu bukan tudung raya. Tudung raya yg aku plan nak pakai, langsung tak match dgn kale hjau tu. Malam raya beru perasan. Tak kan aku nak redah jalan TAR sbb kan selai tudung?? Memang tak la..so. cari dlm laci, jumpa la tudung ni..tunjuk kat ijan n waty, dorang kata yg ni ok..so, ni la tudung raya aku...

Tuan belog dan family yg kecil sgt ahlinya..tahun ni konsep gambar di luar rmh ye..ntah afsal plk nak bergambar kat luar.




Muka-muka ni je la pun yg ada..amir n nizam je belum datang lagi.




Gambar pempuan2 lain tak sempat nak ambik sbb masing2 ada tengah bersiap la..oh ye, sehari sebelum raya tu adalah bday abah yg ke 72. Happy Birtday abah. semuaga abah sentiasa sihat dan diberkati allah swt.

Photo


Photo

Abah dan cucu-cucunya..ni je yg sempat dipanggil nak bergambar.

Photo

Oh ya, tahun ni upacara bermaafan dan bagi duit raya tak sempat nak buat pada raya pertama, sbb semua dah sibuk nak kemas2 balik Kuala Kangsar. Sebelun berangkat, singgah dulu raya rumah wancik, the only mak sedara belah abah, means adik abah aku la ni. Kat sini baru la kita meriah ambik gambar sampai husband aku dah naik fedap, tapi ada aku kesah,,hahaha..(tengok, baru je mintak maaf nangis2 dah melawan.)

Kitorang ni je la yg gedik2 nak bergambar..suka kan..mak masing tersengih, budak kecik 2 org tu muka poyo je..



Makecik bersama anak buah..


kita posing lagi..




dan lagi...





otai2 bergambar, baju cekelat tu wancik, baju ijo tu ayahcik.


sambung sembang..




Ijan and family...si caca ni ada satu style plk nak bergambar, sama ada dia tak nak pandang camera atau jari dia lentikan..mcm2..


Firdaus and family..


and last sekali..a group photo...




Dah settle beraya dan perut masing2 pun dah kenyang, bertolak la kita ke Lubok Merbau, Kuala Kangsor..hiway boleh tahan sesaj jgk..sampai Ipoh dlm pukul 5 petang, singgah rumah pakcik aku dulu..takde gambar ye sbb masing2 dah penat..settle beraya rumah pakcik aku, langsung ke kampung. Dalam kereta aku diskas dgn husband nak makan malam apa. Husband ckp if ada kedai bukak kita beli sardin, telok n ikan masin. Aku cakap ada ke kedai buak, if takde kita pergi la beli kat town. suprising, ada kedai runcit bukak sebelum simpang nak masuk kampung. Kita beli apa yg dah dirancang td, mlm tu adik aku waty masak lauk mkn mlm...

Lepas mkn, aktiviti main bunga api pun bermula, diketuai oleh adik aku, pakngah budak2 ni...mlm tu hujan, tidor punya la sejuk, mcm dlm aircond, best betul..


Habis kisah raya petama, nnti sambung raya ke 2 pulak..dah ngantuk ni, esok nak bangun sahur dan insyaallah esok last day puasa..

p/s- YaAllah, permudahkan la segara urusan kami. kepada mu kami beserah segalanya.

No comments:

Post a Comment