Sunday 4 August 2013

Cerita Awal Puasa


Assalammualaikum,

Orang dah nak raya dah...baru sibuk nak citer..hehehe..Alhamdulillah, dengan izin allah swt kita telah pun berada di hari ke 26 ramadhan. Tak lama lagi nak sambut raya. Sedih rasanya nak tinggalkan ramadhan. Dulu, masa kecik2 dan zaman tak berapa nak kecik, tak sabar nak sambut raya, dalam hati siap cakap lagi cepatla habis puasa. Sekarang ni, usia pun dah makin banyak, kesedaran dan kenikmatan bulan ramadhan tu mucul dengan sendiri dalam diri ini.  Kalau boleh nak tiap-tiap bulan, bulan ramadhan. Syukur ke hadrat ilahi, ramadhan tahun ni aku jarang meninggalkan sunat terawih melainkan keaadan tak mengizinkan. Walaupun lepas berbuka tu rasa mengantuk, tapi aku gagah jugak diri aku.  Ada satu malam tu, imam tengah membaca surah, mengalir air mata aku bila mendengar betapa merdunya suara imam tu. 

Keadaan waktu malam pun bila bulan puasa ni pun berbeza. Terasa nyaman dan berangin. Kalau bangun 1 2 pagi tu nak ke dapor minum air pun tak terasa takut. Cuba kalau bukan bulan puasa, aku nak pergi dapor pun kekadang ajak husband teman. Sebenarnya tak ada apa pun.

Awal puasa hari tu , aku dan family balik kampung abah kat Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Tujuan balik tu sebab nak kemas rumah pusaka yang dah 4 tahun kita orang semua langsung tak pergi  tengok. Seperti biasa aku, mak, abah n firdaus satu keluarga join dalam acara gotong royong ni. Raya tahun ni, insyallah lepas solat raya, semua akan berangkat beraya di Kuala Kangsar dan akan menggunakan rumah ni sebagai tempat persinggahan. 

Aku bertolak ke Ipoh 4 ramadhan iaitu Sabtu petang terus berbuka di Malaysian Restaurant di Ipoh. MIL dan SIL pun join berbuka. Malas nak berbuka kat rumah MIL sebab aku malas nak berkemas..hehe..ala, bagi can la orang tua tu berehat dari masak kan.

Esok pagi, terus berangkat ke Kuala Kangsar dari rumah MIL. Sampai KK, terus buat kerja..dah takde rehat lagi. Cuaca pun cantik, redup je..masing-masing ada tugas.Soraya jaga zara dan lala kat rumah sedara abah. Susah kalau budak2 kecik ni ada kan..so, masing2 menjalankan tugas masin2 tanpa disuruh.

Beginilah keadaan rumah kampung abah. Rumah ni tempat persandingan mak dan abah 44 tahun yg lalu..ni rumah pusaka, tapi abah banyak jgk berbelanja nak buat dapor kat rmh ni..



Kerja membersih luar rumah, husband dan Firdaus yg buat. Tu...husband tengah menyabit rumput.


Manager bank tengah mesin rumput...tapi lepas tu husband aku kena buat balik..hehehe...




 Lepas dorang mesin rumput, aku sapu la pulak..


Syikin dan mak sibuk mengerjakan dapor...




Keadaan di atas rumah...kerusi tu dari zaman aku kecik lagi..time tu aku duduk flatpolis 4 tingkat..maknanya dah 30 tahun lebih kot..abah aku dulu ada plan, bila pencen nak dok kampung, tu yg angkut bawak sini. Tai hajat dia telah ditentang oleh anak2..


Keadaan dalam bilik..walauoun dah 4 tahun tak jenguk, takde pulak bantal2 kena makan dengan binatang dan sewaktu dengannya..semua dalam keadaan elok. Aku kalau balik sini, tidor dalam bilik ni dengan waty la..family aku yg laim termasuk husband dan anak semua tidor kat atas tu,,tidor beramai-ramai...bila waktu malam nak tidor tu memang kecoh..tapi seronok...dengan kat luar sejuk lagi..tv pulak takde..dnr bunyi org kampung sebelah main mercun je la..tahun ni masing-masing dah ada gadjet ipad, tab la, sila bawak supaya anak2 korang tak memekak..


Keadaan di luar rumah..tepi dapor..jenuh jgk la aku nak menyapu daun2 kering bwh ppkok rambutan ni..tapi cuaca pd masa tu sgt bekerjasama.langsung tak panas...alhamdulillah.

Lepas sapu, kita bakar daun2 kering ..rasanya ada 3 longgok sampah kot aku bakar dengan Adam..suka adam time ni dapat main api..







Dalam pukul 5, semuanya dah settle. Masing2 pun dah berehat, terus ke Rest House Kuala Kangsar untuk berbuka sambil menikmati keindahan Sg Perak.





Lepas berbuka dan solat, balik KL..tidor kepenatan..sib baik Isnin tu aku apply cuti...dah di hari Isnin ni jgk berlakunya satu kejadian yg tak boleh dilupakan oleh family aku...macam2 hal la..tapi dah dinamakan manusia, tak lari daripada diuji oleh Allah swt. Lepas satu2 kita hambanya diuji..alhamduliilah, setakat ni family aku dapat mengharunginya bersama. Cuma kesian dgn parents aku je la..

ok, mata pun dah ngantuk, siang tadi penat mengerjakan taman yg tak seberapa kat luar rmh tu..taman pun nak raya jgk kan..siang nanti aku update aku lg ye blog....


No comments:

Post a Comment