Friday 25 October 2013

Apa nak jadi ni???

Assalammualaikum,

Kecoh dan menakutkan. 3 hari 3 kes kejam. Bunuh budak sekolah sumbat dalam beg la. Lps tu tembak bank officer dan semalam tetiba suka hati nak pergi tikam orang sampai 4 orang. Cedera parah 2 orang dan meninggal on the spot 2 orang.

Yang kes budak sekolah tu kenalan kat FB. Yang budak perempuan ni pun konfiden je nak pergi sorang jumpa kawan FB. Tak takut ke? Agaknya dia fikir tak kan la ada orang nak buat jahat kat dia kot. Maybe dah biasa dalam Fb tu semabang2 ke. Aku dah banyak kali pesan kat anak aku si Yaya tu, jangan nak online ke chatting dgn orang kita tak kenal. Anak aku ni minat gila dengan KPOP ni.  Mana la tau tetiba je ada org gila kat FB tu ambil kesempatan. Nauzubiillahminzaik... Nak rogol tak dapat, ko hentak dengan dumbell ko sumbat dalam beg ye..tapi kejap je ko kena tangkap...padan muka. Kau tunggu la turn ko kena belasah pulak.

Tak sampai 24 jam, kecoh pulak pak guard bunuh bank officer. Kenapa sampai nak kena bunuh?? Sekarang ni orang tengok Pak Guard pun dah takut. Patutnya dia yang jaga keselamatan, tapi dah terbalik, Tapi bukan semua Pak Guard la. Pak Guard yg mcm kes bini Mat Yo tu kita kena la simpati. Banyak lagi pak guard yg dah tua, tapi kena jadi Jaga jgk sebab nak cari rezki.. Jenis yg mcm ni memang kesian la aku tengok. Ada tu duduk kat kerusi sampai tersengguk-sengguk mengantuk.

Kau nak mencuri, kau ambik je la..kau pun dah pegang pump gun ka..kau acah sikit je orang pun takut la...ni yang buat ni orang islam ni..tak takut dosa ke?? tapi if dia ingat dosa dia tak buat pun ek...

Alfatihah untuk mangsa, Norazita Abu Talib dan takziah kepada keluarga mangsa. Terharu baca NST pagi tadi pasal dia ada kol husband dia sebelum kejadian dan bertanya abang sayang saya tak? Tapi si suami tengah drive, dia cakap dia akan call balik. Sekarang suami menyesal sebab tak layan call arwah isteri. Rasa bersalah pun ye. Dah tertulis di loh mahfuz semua tu. Baca kat twitter tadi jumlah rompakan sebanyak 450 ribu. Guard tu masih tak dapat tangkap lagi. Risau dibuatnya.

Tak habis pasal guard, semalam pulak ada orang gila mana plk pegi tikam orang kat LRT Gomabk dan Taman Melati. Dah la Taman Melati tu tempat aku selaalu tunggu teksi kalau aku balik sendiri. Katanya tuntut ilmu salah. Lepas tu nanti bangsa kafir salahkan islam la apa..jadi satu isu. Dah la yang mati tu cina. Lepas tu boleh pulak cakap aku buat semua ni kerana utusan nabi muhamad. Sah la dah gila esen driver van ni. 

3 cerita kat atas tu menjadi tajuk utama dalam tv dan suratkhabar. Mula la ada yg cakap duduk Malaysia dah tak selamat. Benda2 mcm ni di luar jangkaan kita. Kat luar negeri pun kekejaman pun ada, malah lagi teruk. Orang gila tembak budak sekolah la. Pergi bom tempat-tempat awam la.

Yaallah, kau lindungi dan pelihara la kami semua dari mereka yang zalim. 

No comments:

Post a Comment