Wednesday 23 October 2013

Jemputan ke ULTAH

Assalammualaikum,

Kawan sekolahku, Ata(panggilan masa zaman sekolah dan melekat sampai skrg) jemput aku datang bithrday anak dara sulung dia dan doa selamat sekali. 22 tahun umur anak si Ata ni. anak aku baru je umur 16 tahun. 

Murah rezki kawan aku lepas dia kahwin kali ke 2 ni. Kahwin dengan seorang mualaf. Bujang pulak tu. Dapat anak eksperss 8 orang hahaha..

Bulan lepas si Ata ni buat birthday dia. Seingat aku dah 3 kali kot aku pergi rumah dia atas jemputan makan2 ni. Raya puasa hari tu pun 3 kali dia buat open house.

Lepas kerja terus gerak pergi cari hadiah kat Alpha Angle..tak beli apa, aku beli shower gel kat body shop. Ghopanya, anak dia suka Hello Kitty..kalau tak dah senang keje aku.

Tujuan aku nak capture gambar belakang aku, gambar pandangan KL. Almaklumlah, camera canggihkan, ni la hasilnya..huhuhu.



Sesampai je, geng marhaban Along baru start nak baca yasin..tengok along tu elok je duduk atas kerusi...



Dah habis baca yaasin, jom kita makan..seperti biasa catering Al Huda atas rekemen Along. Set nasi beriyani.


Aku makan dengan Zee..husband ada sebelah aku tu...


Acara wajib..semua tu kawan sekolah aku..


Kan birthday girl n suka Hekko Kitty, elok je tercongok kat tepi kek tu..




Ahad tu, Umi ajak aku keluar makan sempena birthday dia pulak. Since dia dan Along ada masalah sikit, aku la jd orang tengah bila Umi suruh aku roger Along ni..nasib baik Along nak join walaupun dia buzy dengan persidangan UMNO.. tapi Zee tak pulak Umi ajak, tak kan aku nak memandai pulak..dah zee sentap pulak...fenin la kepala dengan mak2 orang ni...

Umi cakap pakai baju putih, aku gigih la gosok baju ni, sudahnya dia yg tak pakai putih..tak sempat katanya..


Ke Chawan Publika la kita..

Birthday girl reques red velvet in a jar je..beli kat wondermilk...


Kalau kat Chawam wajib aku oder sago gula melaka ni...sedaaaap...


Nasi lemak..time ni aku puasa, so mata tu dah tak tau nak pilih apa..nampak semua sedap...


Disebabkan Along dan Umi mcm dingin je, cakap pun Along banyak pandang muka aku, nak ambil gambar sama2 pun aku tak kuasa..huhuhu..

Bila umi hantar along balik, berlaku la adegan airmata di luar kereta. Aku tak dengar la dorang cakap apa, tapi meleleh gak la air mata aku...di sebabkan masing2 salah faham, berlarutan sampai begini..
Alhamdulillah, Along dan Umi dah ok semula. 

Dalam persahabatan ni sikap tolak ansur, lebih kurang mesti ada. Menerima dan mendengar pendapat sahabat pun kena ambil kira jugak. Tak payah la ada sikap cemburu kat kawan kita yang berjaya dan tak payah la ketawa mengejek bila kawan kita dalam kesusahan atau sedang di uji.

p/s- ULTAH tu ulang tahun..singkatan dari bahasa indonesia..

No comments:

Post a Comment