Friday 21 March 2014

Kisah orang pergi dan balik dari umrah

Assalammualaikum,

Semalam result SPM keluar, kepada yang berjaya, auntie ucapkan tahniah ye, yang kureng tu, jauh lagi perjalanan anda ye..cabaran hidup lepas SPM. masuk U lps tu bila dah kerja lagi hebat.

Ok, citer orang pergi umrah. Orang tu pun selamat balik. Adik aku dan wife pergi umrah pada 7hb March aritu. So, sebagai kakak yang prihatin, aku dan husband hantar la deme2 ni pergi KLIA. Aku yang betulnya suka pergi airport tapi KLIA la bukan LCCT..ntah aku rasa mcm seronok je, tengok orang nak travel. tengok cabin crew tarik beg dorang tu. Flite dorang pukul 3 petang via Saudi Airlines, so by 11 dah kena ada kat sana. Sehari kejadian sebelum kehilangan MH370..sob sob..sedih..


Shikin kusyuk mendengar taklimat dari pegawai UTAS Travel


Pasangan suami isteri bersedia ke tanah suci..patutnya daus tu pakai ihram dah sbb flite dorang turun di Jeddah..dia tukar ihram bila dah checked in..


Ambil gambar menggunakan ipad, so this is the result. Nak pergi check in dah time ni. Aku tak bawak pun anak2 dorang, bukan apa takut ada berdrama airmata...sure sedih anak nak berpisah dengan mak..mcm aku dulu la, husband dan yaya hantar, menangis aku...



So petang tu, aku ambil Zara dan Adam dari nursery dan sekolah, bawa balik ke Melewar. Dorang pergi Jumaat tu, mak balik Ahad..8 pagi mak sampai airport tapi mal cakap tak payah ambil sbb dia balik dgn kwn dia jgk. Mak dah pesan nanti masak la..ok, aku dan Ijan pun masak nasi lemak pagi tu dan ini hasilnya...sedang elok semua food dah siap, mak pun sampai...


Mak belikan tudung kat depan perkarangan Masjid Nabawi. Aku pesan kat mak sebenarnya., sbb last year aku beli 2 helai je, pada hal baru 5 riyal selai..shawl ni panjang dan lebar dan dari bermacam jenis kain..adalah dalam 11 helai mak beli..actually ni bukan la product dari Saudi, tapi dari India..maybe lebihan dari kilang kain, dorang angkut dan jual di Madinah dan Mekah. Shikin cakap kat Mekah kedai kat sana jual selai 10 riyal, maybe dalam kompleks, that's why mahal.. yang kat Madinah ni, dorang jual longgok atas jalan je..


Coklat ni mak beli kat hotel kat mekah, dalam 30 riyal mak cakap, tapi shikin beli kat airport dalam 70 riyal..banyak betul bezanya..


Masa aku jaga Adam dan Zara, bawak dorang makan pasta kat Tappers ni..sehari sebelum tu g makan kat Plan B, tak best la pasta kat sana..adam ni suka makan pasta...dah la mahal tak berbaloi dengan harga dan rasa..


Spaghetti Cream Meatballs for Adam..


Mix mushroom sandwiches tuan belog punya


Daus ajak kitorang pergi makan mlm khamis aritu,,nak belanja katanya..i ok jek..so, ke Abdullah Chan la kita..malam tu hujan lebat..alhamdulillah..since dorang belum tiba lagi, aku oder dulu la setelah diberi green lite oleh Shikin..so, lets oder...tengok muka laki bini tu, beria-ria nak oder..



Dan ini lah hasilnya...suka betul aku butter prawn tu..menimbun dia punya serdak...ikan siakap masak asam yang mabeles, ketam telur masin, kailan, ikan pari special..







bestnya bang meratah ketam...aku tak makan ketam, allergic, nnti bila makan bibir aku jadi bijik2 mcm tu...


Alhamdulillah dengan rezki yang Allah swt bagi..terimakasih daus belanja kitorang makan mlm tu..thans to syikin too sbb bagi aku jubah dan shawl lagi..rindu aku nak ke tanah suci bila dengar dorang excited bercerita..insyallah...

Aku harap apa yang satelite Australia jumpa tu  bukan MH370..keep praying agar semuanya selamat..apa pun yang berlaku ni semua ujian dari yang maha esa..


No comments:

Post a Comment