Wednesday 12 March 2014

Hari ni kesnya..

Assalammualaikum,

Dah masuk hari ke 5, masih lagi tak jumpa MH370. Kemanakah kau menghilang. Adakah kau mendarat kat mana2 tempat? It true, alhamdulillah mudah2an semuaya selamat. Adakah kau ke dalam laut??? Dah mcm2 peralatan canggih nak kesan kau MH370, masih tak dpt jawapan. Neighbouring countries pun dah hantar bantuan, sampaikan dah menjadi SAR yang terbesar di dunia la.Dengan kapal perang masing dilengkap dengan peralatan canggih.

Dah macam2 citer aku dengar dan baca kat laman sosial. Ada yang cakap flite tu memang ada kat Nanning, China la. Kerja perisiik mana ntah sbb dalam tu ada billioaier china. Baik culik je billionaire tu, dari menyusahkan macam2 negara. Ada ckp ni semua kerja kerajaan nak tutup mata rakyat dengan kes Anwar la, Apa gila ke nak buat semua tu...kalau nak buruk kan kerajaan pun agak2 la sikit. Macam2 teory la aku baca dan dengar. Tak kesian ke orang2 yang buat cerita ni kat family mangsa?? Ni tetiba pulak ada 2 ekor mangkuk pempuan Australian ckp dorang rapat dengan salah sorang pilot tu, siap tunjuk gambar kat dalam kokpit tu. Motif?? tak sensitif langsung..

Nelayan kat Kelantan pun ada cakap nampak ada satu flite ni lain daripada biasa. Dia selalu nampal flite dah tinggi kat udara, tapi yang ni dia nmpk lampu flite tu sebesar buah kelapa,meaning flite tu terbang rendah la kan. Cerita macam ni aku boleh la jgk percaya.

Radio skrg pun bukak lagu slow2 ye. Dengar Era pun tak gelak2 mcm pagi2 biasa. Semuanya fokus pada MH370. aku yang amat jarang tengok Astro Awani pun sekarang ni balik rmh je bukak channel tu dulu. Semalam rancangan meletop pun tak havoc mcm biasa. Masing2 simpati. 

Bak kata Kapten Norudin, kita kena balik pada pencipta sainis tu sendiri, iaitu Allaw SWT. Teruskan berdoa. Ini semua rahsia allah swt. 

Hari ni, kawan aku pergi mahkamah syariah. Kali ni bicara la, dia dengan husband dia ada skali. Kawan alu ni upah lawyer, tapi husband dia datang sorang je la. Nama aku pun ada sekali dalam afidavit tu(betul ke aku ckp ni). Sebabnya laki dia pernah hantar sms tak kepuasan hati dia kat aku dengan mengatakan aku la penyebab bini dia dia berubah..lantak kau la..salah sendiri memang kau tak nampak la kan janatan.

Aku berharap semuanya lancar untuk kawan aku ni. Dah 2 tahun rasanya dia huru hara dengan laki dia tu. anak2 pun tak tentu arah. Nasib baik anak dia semua lelaki, kalau budak pempuan ni kan kuat emosi, mesti perasaan dah terganggu. 

Along balik dari Bandung hari ni, banyak betul pakcik dia beli kain, sampai 20 juta katanya..hebat betul..

oh mak aku dah selamat balik dari umrah, alhamdulillah..sekarang kat rumah adik aku pulak jaga adam n zara. 

ok la, nak pikir apa nak mkn lunch ni nanti.

No comments:

Post a Comment